Wednesday 17 July 2013

SUARA AZAN BERKUMANDANG DI CHANNEL 4 UK SEMPENA RAMADHAN

Channel 4 di United Kingdom mengudarakan seruan azan solat subuh setiap hari sepanjang Ramadan buat pertama kalinya tahun ini. Seruan azan oleh rancangan TV ini mendapat sambutan baik dari masyarakat Islam tetapi menjadi sumber butthurt kepada golongan lain yang mengatakan tidak sesuai laungan azan dimainkan di sebuah negara liberal seperti UK. Beberapa bantahan dibuat dan terdapat gerakan memboikot Channel 4. Bantahan juga dilakukan sebilangan penganut Islam kerana tidak setuju azan dilaungkan pada saluran TV yang juga menyiarkan rancangan-rancangan yang tidak Syariah compliant.  Inilah video yang dimainkan setiap subuh. Bagi waktu solat yang lain Channel 4 ada membuka mini site khas yang akan melaungkan azan untuk setiap waktu solat. 

Apa pendapat anda? 


Sumber : blogserius

1 comment:

  1. Komen saya : Azan merupakan seruan untuk mengajak umat Islam mendirikan solat. Di negara seperti UK saya rasa tiada salahnya kerana terdapat ramai juga umat Islam yang menetap di negara tersebut. ini merupakan satu bukti kebebasan agama yang digembar gemburkan.

    ReplyDelete