Sunday 25 August 2013

LAGU 6 : NAMUNKU PUNYA HATI


LIRIK

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

[*] Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

[**] Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua…



MAKSUD LAGU

Lagu ini mengisahkan tentang golongan istimewa meluahkan hati dan perasaan mereka tentang keperitan dan kepayahan hidup mereka. Dalam lagu ini, golongan tersebut cuba membuat masyarakat faham tentang apa yang terjadi kepada diri mereka bukanlah kerana kemahuan mereka tetapi takdir dari Yang Esa. Mereka tidak mengharapkan simpati tetapi cuma mengharapkan secebis ruang di dalam muka bumi Allah ini untuk menjalani kehidupan seperti orang lain. Mereka ingin disayangi, dihormati dan dihargai. Ini kerana mereka juga mempunyai hak sebagai seorang manusia seperti manusia sempurna yang lain.

No comments:

Post a Comment