Wednesday 17 July 2013

LAGU 2 : WARGA TUA

WARGA TUA


LIRIK

Warga tua teras masyarakat hidup lama
Penuh jasa setia pada negara
Didik anak dan cucu
Ke arah matlamat kita
Lama sudah kau hidup teruji
Penuh ranjau dan rintangan
untuk kemerdekaan
Kitalah pewarisnya
Di dalam negara bertuah
Korban jiwa untuk keluarga
Masyarakat dan juga nusa
Bagai obor dan pelita
Berkhidmat, berbakti, berjuang
Di mana jua berada
Wahai anak bunga bangsaku
Hargailah jasa ibumu
Patuhilah pesan ayah
Titah kasihnya di junjung
Di mana jua berada….
 
KOMEN LAGU
 
Lagu ini menceritakan tentang jasa dan pengorbanan warga tua di saat zaman muda mereka serta kepentingan mereka di saat usia emas mereka. Lagu ini mendidik kita supaya memberikan kasih sayang kepada warga tua dan menghormati mereka sebagai orang yang lebih berusia dan berpengalaman di dalam hidup. Selain itu lagu ini turut menekankan tentang betapa besar jasa dan pengorbanan warga tua kini dalam memperjuangkan kemerdekaan pada zaman dahulu. Kita tidak seharusnya melupakan keperitan dan usaha gigih mereka sehingga kita dapat mengecapi kemewahan dan kesejahteraan hidup seperti sekarang. Lagu ini juga memberitahu kita bahawa tanpa warga tua mustahil untuk kita mengecapi segala nikmat dan hidup aman damai. Warga tua simbol kepada kehidupan kita pada hari ini. Jadi kita sebagai pewaris kepada mereka perlu menghormati dan menyayangi mereka tanpa rasa prejudis di dalam hati. Warga tua mempunyai hak berkasih sayang sama seperti kita.

2 comments:

  1. WARGA TUA..!! mereka ini harus dihormati dan mempunyai hak untuk disayangi. Ramai kita lihat mereka ini menjadi gelandangan di merata-rata. Makan & minum mereka tidak terurus dan sebagainya. Keseluruhanya pengurusan diri mereka terabai. Terdapat juga isu mereka dihalau dr rumah anak sendiri atas sebab mereka ini membebankan dan sebagainya. Ingatlah bahawa mendapatkan keredhaan Ibu bapa adalah sangat2lah penting, dengan menjaga hak-hak mereka seperti mana apa yang mereka pernah lakukan pada kita semua dalam memenuhi hak-hak kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seorang ibu boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu menjaga seorang ibu.

      Delete