Sunday 25 August 2013

SOKONGAN WANITA BERHIJAB



Stockholm: Beratus-ratus wanita Sweden menyiarkan gambar mereka memakai tudung kepala dalam laman media sosial untuk menunjukkan sokongan kepada seorang wanita Islam yang hamil dan berkata dia diserang di luar bandar ini kerana memakai tudung.

Polis mencari saksi bagi kejadian itu yang dianggap sebagai jenayah kebencian dan mencetuskan satu bantahan ramai, kebanyakannya dilakukan secara online. 


Pertahan pakai hijab 


Tindakan itu didorong sebuah pergerakan bukan kerajaan yang mempertahankan pemakaian hijab yang mendapat sokongan ahli politik selebriti, manakala pengkritik mendakwa, perbuatan mereka adalah sokongan kepada simbol ‘penindasan’ ke atas wanita.

Ahli politik haluan kiri dan selebriti antara mereka yang memberi sokongan kepada pergerakan itu, digelar, “The hijab appeal,” dengan menghantar tweet diri mereka memakai tudung.

Menjelang Khamis lalu, lebih 2,000 orang menghantar gambar di tag dengan hashtag ‘hijab appeal’ dalam Instagram, kebanyakannya memaparkan wanita dengan kepercayaan berlainan, memakai tudung.

Satu acara dalam Facebook diwujudkan aktivis menarik 10,000 hadirin namun terpaksa dipadamkan selepas bahagian ulasan dipenuhi dengan kenyataan berbaur perkauman dan mencela wanita. 
“Kadar jenayah kebencian ke atas wanita Islam semakin meningkat akhir-akhir ini,” kata satu daripada penganjur kempen, Foujan Rouzbeh, kepada AFP.

Bagaimanapun, pengkritik berkata kempen itu meremehkan penderitaan wanita yang dipaksa atau ditekan untuk menutup rambut mereka, di Sweden dan di tempat lain.

“Saya menyokong bantahan ke atas layanan wanita yang diserang,” kata Sara Mohammad, ketua sebuah kebajikan untuk mangsa jenayah maruah.

Simbol Islam

“Bukan dengan memakai tudung, yang terkenal di seluruh dunia sebagai simbol Islam untuk penindasan wanita. 

“Ia bukan hanya dipaksa ke atas wanita di Iran dan Arab Saudi, ia juga menjadi bendera untuk politik Islam di Barat.”

Ahli politik Sweden memakai hijab minggu ini jarang memaparkan sokongan sama terhadap mereka yang memperjuangkan hak untuk tidak memakainya, sesetengah merisikokan nyawa mereka berbuat demikian, pertikai Mohammad.

“Ini adalah satu langkah tidak adil dan menyokong rakyat untuk menarik undian daripada masyarakat Islam,” katanya.

Rouzbeh berkata pengkritik kempen hijab Sweden mengambilnya keluar daripada konteks.

“Kami bukan cuba memperkecilkan pengalaman rakyat dipaksa memakai tudung, kami melakukannya berasaskan wanita bertudung yang memakainya dengan sukarela. Wanita ini mempunyai hak melakukannya tanpa diserang,” katanya.

Wanita Islam digunakan sebagai kambing hitam dalam berdepan pengangguran meningkat di Sweden dan seluruh Eropah, kata Rouzbeh, yang bertemu menteri kehakiman Rabu lalu.

5 comments:

  1. dunia akhir zaman ni macam2 benda yang berlaku, org nk pakai tudung pun di tentang, bile la umat islam nk bersatu, supaya senang kita lawan balik geng-geng kafir laknat ni..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. dah timbul isu baru nak bersatu..

    ReplyDelete
  4. betul tu..dunia akhir zaman.pelbagai dugaan dan cabaran.

    ReplyDelete
  5. wan fairuz... betul tu....yang halal dan benar ditentang. yang haram dan salah disokong dan dibanggakan

    ReplyDelete