Wednesday 14 August 2013

MESIR DAN PENCABULAN DEMOKRASI




Berita pilu tragedi demokrasi yang dicabul di Mesir menjadi bahan bualan para jemaah di sana dalam keadaan hiba mengenangkan peristiwa.

Sejarah Mesir menyaksikan puluhan tahun demokrasi dicabul dan menyaksikan pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak sejak puluhan tahun yang mewarisi kekebalan dan kebebalan diktator demokrasi Jamal Abdul Nasir.

Ikhwan Muslimin selaku pelopor gerakan Islam dunia selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyah Turki, memilih untuk menyertai jalan demokrasi semenjak sekian lama dan selama itu IM menjadi pembangkang terkuat di dalam parlimen Mesir.

Sesungguhnya demokrasi merupakan ciptaan barat dan para ulama Ikhwan Muslimin sedia maklum tentangnya. Mereka memilih jalan ini atas faktor memilih mudharat yang lebih kecil berbanding jalan revolusi atau mengangkat senjata.

Adakah para ulama Ikhwan takutkan bahaya dan maut? Oh, tidak sama sekali. Mereka bukan takut malah cintakan mati syahid sebagai cita-cita tertinggi.

Sudah ribuan pejuang Ikhwan syahid dibunuh perisik askar Mesir selama ini dan tidak kurang yang meringkuk di dalam jeriji besi. Malah sejarah menyaksikan pengasas Ikhwan, As-Syahid Hassan Al Banna menemui syahid di hujung senapang.

Sebenarnya mereka tidak sekali-kali takutkan maut. Bagi mereka biarlah menentang sekular secara aman sekalipun darah sebagai tukaran dalam masa sama negara aman tanpa mengorbankan rakyat yang tidak bersalah.


5 comments:

  1. dunia akhir zaman..kalau pm o menteri yg wat, media ttp mulut trus..

    ReplyDelete
  2. yea...akhir zaman yang sangat2 dah....

    ReplyDelete
  3. mesir di kelilingi dengan negara-negara yang nak menjatuhkan nya, musuh islam semakin kuat, kalu islam tidak bersatu maka islam akan hancur..

    ReplyDelete
  4. eh nama dh dekat2 dh tu, wan fairuz ngan wani fairuz hehehe

    ReplyDelete
  5. Islam sesama sendiri pun bergaduh macam mana x goyah..hmmm

    ReplyDelete